Kebangkitan semula komunis Merican Sutan

Tahun 70an adalah tahun-tahun krbangkitan semula komunis. Komunis turun dari persembunyian mereka di sempadan Malaysia-Thailand dan melakukan hura hara di Raub-Jerantut, Ipoh-Tanjung Rambutan dan sampai ke Kuala Lumpur. Komunis berjaya membunuh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahman Hashim di Kuala Lumpur pada tahun 1974 semasa beliau dalam perjalanan ke pejabatnya. Oleh itu, Tun Hanif Omar naik sebagai Ketua Polis Negara termuda di dalam sejarah negara pada umur 34 tahun. PKM juga berjaya menembak mati Ketua Polis Perak Tan Sri Khoo Choong Kong di Ipoh pada tahun 1975. Tugu Negara di Tasik Perdana berjaya diletupkan pada 1975. Selepas itu VAT 69 bersama Angkatan Tentera Malaysia melancarkan Operasi Gonzales bagi memburu saki-baki komunis. Antara lokasi utama ialah Sadao, selatan Thailand.

Berkaitan